I made this widget at MyFlashFetish.com.

TINGGALKAN PESANAN ANDA YER....

Khamis, 29 Oktober 2009


Sesungguhnya Islam mensyariatkan dua bentuk amalan kepada umat manusia iaitu pertama dalam bentuk perintah mengerjakannya manakala keduanya perintah larangan daripada mengerjakannya. Kedua-dua perintah dan larangan itu adalah dituntut daripada dilakukan oleh manusia amnya serta orang-orang Islam khasnya.

Dalam memenuhi tuntutan syariat tersebut, meninggalkan perkara-perkara yang dilarang agama itu lebih berat berbanding melaksanakan perintah-perintah agama. Setiap orang mampu melaksanakan perintah-perintah agama sebaliknya bukan semua orang mampu melawan godaan nafsu syaitan yang mengajak untuk berbuat maksiat dan perkara mungkar.
Tanpa disedari, kadangkala setiap hari kita berbuat maksiat kepada Allah iaitu melanggar larangan Allah sama ada dengan anggota-anggota tubuh badan atau lainnya. Pada hal anggota tubuh ini Allah kurniakan kepada hamba-hambanya untuk memikul amanah-amanah yang tertentu yang telah Allah tetapkan. Tetapi sebagai hamba kita selalu alpa dengan larangan-larangan tersebut.




Begitu juga anggota lain yang diciptakan Allah kepada hamba-hambaNya itu hendaklah digunakan dengan sebaik-baik mungkin mengikut perintah Allah dan ajaran Rasulullah. Ingatlah bahawa setiap anggota badan yang Allah jadikan itu akan menjadi saksi di akhirat kelak terhadap apa yang diperbuat oleh setiap orang itu.
Oleh itu jauhi segala larangan Allah dan lakukanlah segala perintah Allah dengan hati penuh ikhlas dan tawadhu’. Bertaqwalah kepada Allah dalam apa jua keadaan dan di mana sahaja kita berada.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan