I made this widget at MyFlashFetish.com.

TINGGALKAN PESANAN ANDA YER....

Khamis, 29 Oktober 2009

islam melarang berpanjangan?

Apabila syariat Islam sudah mula dipraktikkan, menjadi tanda tanya di kalangan para remaja bagaimana seharusnya mereka lakukan terhadap pasangan masing-masing. Apakah diputuskan sahaja hubungan yang sudah terjalin? Atau kalau diteruskan bagaimana pula dengan hukuman Tuhan nanti?

Sebenarnya dalam persoalan cinta ini, memang tidak dapat dielakkan, bila sudah timbul keinginan terhadap seseorang, cinta itu akan datang sendiri. Perasaan itu adalah fitrah semulajadi yang tidak perlu diajar atau didatangkan. Sebab itulah Islam amat melarang pergaulan bebas kerana ia boleh merangsang fitrah dan keinginan kepada jantina lain itu.

Apabila seseorang sudah ada keinginan terhadap seseorang yang lain, ada jalan penyelesaiannya yang telah ditentukan oleh Islam. Jika ia mampu untuk berkahwin, digalakkan ia terus berkahwin. Jika tidak ia harus berpuasa untuk melawan keinginannya itu. Bagi mereka yang sudah mampu untuk berkahwin,waktu itulah diharuskan pihak lelaki meminang si anak dara tersebut.

Sewaktu majlis pertunangan itu kedua-dua pasangan teruna dan dara ini boleh dipertemukan dengan ditemani muhrim mereka. Dalam ajaran Islam, harus ditemukan supaya kita tahu apakah mereka setuju untuk meneruskan perkahwinan atau sebaliknya. Waktu kali pertama pertemuan itulah timbul rasa cinta antara mereka. Bila sudah berjumpa dan ada rasa hati, kahwinkan segera agar kehangatan cinta mereka itu boleh merangsang kebahagiaan rumahtangga yang dibina.

Tapi apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, setelah lebih tiga atau empat tahun bercinta, barulah mereka hendak memikirkan untuk mendirikan rumahtangga bersama. Ini sudah terlambat. Ibarat tebu yang hilang manisnya; tinggal hampas sahaja. Manisnya sudah hilang sepanjang masa perkenalan itu. Akibatnya bila mereka mendirikan rumahtangga, kasih sayang antara mereka semakin hambar.

Tidak pelik, jika kita dengar ada pasangan yang baru dua tiga bulan mendirikan rumahtangga, terus bercerai. Islam tidak mempersoalkan tentang sama ada perlu bercinta sebelum kahwin atau cinta selepas kahwin. Tapi yang dilarang ialah cinta yang berpanjangan sebelum kahwin boleh menyebabkan kehangatan kasih sayang itu akan terus malap setelah bernikah.

Justeru itu Islam sangat menggalakkan agar pasangan yang sudah jatuh hati antara mereka sewaktu bertunang dicepatkan proses pernikahan mereka agar kasih sayang terus bertaut dan tidak terus malap. Sebaliknya jika sewaktu bertunang, kedua-duanya atau salah seorang dari mereka tidak terpaut antara mereka, eloklah jika pertunangan itu diputuskan sahaja. Begitulah Islam memberi jalan keluar kepada persoalan cinta

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu

Sesungguhnya Islam mensyariatkan dua bentuk amalan kepada umat manusia iaitu pertama dalam bentuk perintah mengerjakannya manakala keduanya perintah larangan daripada mengerjakannya. Kedua-dua perintah dan larangan itu adalah dituntut daripada dilakukan oleh manusia amnya serta orang-orang Islam khasnya.

Dalam memenuhi tuntutan syariat tersebut, meninggalkan perkara-perkara yang dilarang agama itu lebih berat berbanding melaksanakan perintah-perintah agama. Setiap orang mampu melaksanakan perintah-perintah agama sebaliknya bukan semua orang mampu melawan godaan nafsu syaitan yang mengajak untuk berbuat maksiat dan perkara mungkar.
Tanpa disedari, kadangkala setiap hari kita berbuat maksiat kepada Allah iaitu melanggar larangan Allah sama ada dengan anggota-anggota tubuh badan atau lainnya. Pada hal anggota tubuh ini Allah kurniakan kepada hamba-hambanya untuk memikul amanah-amanah yang tertentu yang telah Allah tetapkan. Tetapi sebagai hamba kita selalu alpa dengan larangan-larangan tersebut.




Begitu juga anggota lain yang diciptakan Allah kepada hamba-hambaNya itu hendaklah digunakan dengan sebaik-baik mungkin mengikut perintah Allah dan ajaran Rasulullah. Ingatlah bahawa setiap anggota badan yang Allah jadikan itu akan menjadi saksi di akhirat kelak terhadap apa yang diperbuat oleh setiap orang itu.
Oleh itu jauhi segala larangan Allah dan lakukanlah segala perintah Allah dengan hati penuh ikhlas dan tawadhu’. Bertaqwalah kepada Allah dalam apa jua keadaan dan di mana sahaja kita berada.


Rabu, 28 Oktober 2009

MENGURAT DAN BERCINTA MENURUT ISLAM

Adalah sesuatu yg amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dgn mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam islam???.. Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dgn perempuan muslim???.. semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yg sgt menitikberatkan ajaran islam. Bagi sahabat remaja muslim yg kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan menggunakan formula "pakai bedal sahaja".. salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama' menganggap haram. bagaimanapun dikalangan ulama' feqah terdapat beberapa orang ulama' yg merupakan pencinta ys hebat seperti Daud az-Zahiri yg merupakan iman Mazhab az-Zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yg dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yg bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yg bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.. Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yg berkahwin atas pilihan keluarga..



Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yg disusuli dgn perkahwiman dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan dripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara. Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dgn ajaran islam???. Jawapnya ia memang bertepatan dgn ajaran islam kerana manusia yg diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu..
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada kelahiran anak luar nikah atau mencampakkan anak yg tidak berdosa kedalam tong sampah dan juga longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan emosi, maka dgn itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yg tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yg berhadapan dgn ajakan perasaan dan emosi utk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya menggunakan kewarasan akal. Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yg boleh mencetuskan keghairahan seks yg seterusnya menyebabkan berlakunya perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggungjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yg amat besar utk berlakunya perzinaan..

Rabu, 29 April 2009

SAHABATKU


Sahabat,
Untuk apa lagi aku merenung,
Membayangi sebuah impian yang besar,
Bersamamu sahabat walau dimana jua,
Namum kau merantau jauh ke tempat orang,

Sudah lama kita merasai kepahitan bersama,
Tapi bagaikn manisnya seperti madu,
Segala susah senang kita harungi bersama,
Dalam menempuh impian yang satu,

Salam kerinduan ku lafazkn,
Untuk mu sahabat yang jauh di mata,
Ingatlah selalu suka duka kita bersama,
Semoga ianya menjadi sebuah memori indah
Ke Atas


.:BEING IN A FRIENDSHIP:.

Being in a friendship
Is a release
Because you can share with them your frightening tears,
Being in a friendship
Is a wonderful gift
Because they can wipe away your sadness tears,
Being in a friendship
Is a truly bliss
Because you can laugh in loud and crazy cheers,
Being in a friendship
Are moments to cherish
Because you will remember them when they’re disappears.

Being in a friendship
Sometimes it’s hard
When your faith fluctuating in your heart,
Being in a friendship
Sometimes leave marks
When your mind disagree with your friend’s luck.
Being in a friendship
Sometimes put blocks
When your friend start to refuse to talk,
Being in a friendship
Sometimes gain dark
When they leave you alone with no door to knock,

Being in a friendship
Bring happiness
They make you laugh like you’re gonna die
Being in a friendship
Bring sadness
They let you cry with their story of lies
Being in a friendship
Brings anger
They let you dash thing but still deny

Being in a friendship
Brings everything
That makes your life a perfect journey
Being in a friendship
Is so interesting
When it’s a friendship between you and me.